Itulah
intro atau pengenalan buat blog yang dilahirkan ini.
Assalamualaikum
w.b.t. buat rakan-rakan khusus buat para ibu yang diRahmati Allah.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.
Di
dalam Al Quran Surah Al Imran ayat 31, Allah berfirman:
قُلْ
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ
فاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ
ويَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ،
وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْم
وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْم
"Katakanlah (Wahai Muhammad):, "Jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk) aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(QS
Al Imran 3 : 31)
Ayat
ini menerangkan kepada kita bahawa Allah menyuruh Rasulullah untuk
mengatakan kepada kita, "Wahai manusia, siapa yang ingin dekat
dengan Allah? Siapa yang ingin bersahabat sejati denganNya? Siapa
yang ingin berada di sisiNya?Siapa yang ingin mendapatkan kasih
sayangNya? Tetapi ingat, semua ini takkan kalian dapatkan kecuali
jika kalian melewati pintuku, mengikuti sunnahku dan menautkan diri
denganku(Rasulullah).
Kenyataan
ini diperkukuhkan lagi oleh Imam Ibnu Katsir(ahli tafsir Al Quran)
ketika mentafsirkan ayat ini beliau berkata:" Ayat yang mulia
ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku
mencintai Allah, akan tetapi tidak mengikuti jalan (sunnah)
Rasulullah s.a.w., maka dia adalah orang yang berdusta dalam
pengakuan tersebut sehinggalah dia mahu mengikuti syariat dan
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam semua ucapan,
perbuatan dan keadaannya Baginda Rasulullah s.a.w.
Mengapa
perlu bagi kita mengikuti dan mengamalkan sunnah Rasul?Apa
kepentingannya terhadap diri kita?
Untuk
itu perlulah kita menjawab dulu soalan ini. Untuk apa kita dilahirkan
di muka bumi ini?
Ya,
apakah sebenarnya tujuan hidup kita ini jika bukan semata-mata
mendekatkan diri kepada Allah untuk menuju kepadaNya demi mendapatkan
cinta dan redhoNya? Kerana kepadaNya-lah kita akan dikembalikan
nanti.
Maka, amatlah perlu bagi kita sebagai orang Muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. agar sentiasa berusaha untuk meneladani sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita seharian kerana seberapa tinggi perjalanan seseorang menuju kepada Allah sangat tergantung kepada seberapa kukuh ia berpijak di atas perintah Allah dan sunnah Rasulullah. Selain itu, kerana tujuan perjalanan menuju Allah itu adalah meraih cintaNya, maka Allah melarang menempuh jalan selain jalan Rasulullah.
Dari pemahaman ini, yang dinilai benar perjalanan menuju Allah itu hanyalah apabila jika kita mengikuti sunnah Rasulullah, kerana mengikuti apa yang diamalkan baginda Rasul s.a.w., bererti kita telah mengikuti Allah.
Puan-puan
para ibu sekelian,
Bagaimana
pula peranan kita sebagai ibu dalam menerapkan Sunnah Rasulullah ini
buat diri kita dan keluarga?
Sesungguhnya
sunnah Rasul itu meliputi segenap kehidupan kita.
Di
kesempatan yang diberikan Allah ini, saya ingin mengajak rakan-rakan
terutamanya para ibu kepada satu amalan baginda Rasul yang mana di
sini saya rasa lebih dekat dengan kehidupan seharian saya dan
puan-puan sebagai isteri dan ibu. Malah boleh dikatakan kitalah yang
menentukannya kerana most of the time,kitalah yang menyediakan
apa yang perlu dimakan dan diminum untuk keluarga kita.
Puan-puan
yang dirahmati Allah...
Pada
blog ini saya ingin membawa perhatian kita kepada cara amalan minuman
Rasulullah s.a.w. iaitu susu kambing. Semoga jihad kecil saya ini,
dapat membantu para ibu membumikan kembali amalan Rasulullah di dalam
diri kita, suami beserta anak-anak melalui sekecil-kecil amalan
baginda Nabi s.a.w. iaitu meminum susu kambing, yang merupakan
minuman kegemaran baginda Rasulullah s.a.w.
Mengapa
Rasulullah memilih susu kambing?
Sudah
pasti setiap yang dibawa dan diamalkan baginda s.a.w. mempunyai
kebaikan yang memberi manfaat untuk ummah. Ia merupakan Sunnatullah.
Jika
di zaman Rasulullah dahulu mungkin tiada kajian secara terperinci dan
saintifik dijalankan, kini setelah banyak kajian dilakukan termasuk
dari barat yang dikenali sebagai negara yang canggih dari segi
penemuan-penemuan dan kajian-kajian sainsnya, seluruh dunia mengakui
manfaat yang banyak dari sudut kesihatan yang terdapat dalam susu
kambing.
Namun
fenomena apa yang kita alami dan amalkan?
Kita
dipromosikan susu lembu sebagai minuman penguat tulang dengan
tambahan kalsium berganda yang tidak diketahui sumbernya.
Oleh
kerana termakan dengan hidangan kempen besar-besaran ini, kita pun
sibuk memenuhkan almari dapur dan peti sejuk dengan pelbagai barangan
'dairy product' kita daripada hasil2 lembu ni. Di Malaysia
sahaja, susu lembu menguasai pasaran negara. Pergi saja mana-mana
supermarket, hypermarket, kiosk2 stesen petrol
hatta kedai runcit yang kecil pun, dalam peti sejuknya yang ada
hanyalah produk-produk susu lembu.
Sedikit
demi sedikit hakikat kehidupan kita semakin menjauh daripada amalan
yang diamalkan Rasulullah ini.
Tahukah
puan-puan bahawa susu kambing lebih berkhasiat dari susu lembu malah
khasiatnya hampir serupa dengan susu ibu?
Mari
kita lihat hasil kajian dari United State Department of Agriculture
(USDA) pada tahun 1976 berikut:
Komposisi
|
Susu
Lembu
|
Susu
Kambing
|
Susu
Ibu
|
Protein
(gram)
|
3.3
|
3.6
|
1
|
Lemak
(gram)
|
3.3
|
4.2
|
4.4
|
Karbohidrat
(gram)
|
4.7
|
4.5
|
6.9
|
Kalori
(cal)
|
61
|
69
|
70
|
Fosfor
(gram)
|
93
|
111
|
14
|
Kalsium
(gram)
|
19
|
134
|
32
|
Magnesium
(gram)
|
13
|
14
|
3
|
Besi
(gram)
|
0.05
|
0.05
|
0.03
|
Natrium
(gram)
|
49
|
50
|
17
|
Kalium
(gram)
|
152
|
204
|
51
|
Vitamin
A (IU)
|
126
|
185
|
241
|
Thiamin
(mg)
|
0.04
|
0.05
|
0.01
|
Rhiboflamin
(mg)
|
0.16
|
0.14
|
0.04
|
Niachin
(mg)
|
0.08
|
0.28
|
0.18
|
Vitamin
B6 (mg)
|
0.04
|
0.05
|
0.01
|
Sumber
: United State Departement of Agriculture (USDA. Th 1976)
Ternyata susu kambing lebih berkhasiat daripada susu lembu malah berdasarkan fakta analisa di atas, kita boleh dapati susu kambing juga mempunyai beberapa kandungan komposisi yang lebih banyak berbanding susu ibu seperti protein, fosfur, kalsium, magnesium dan yang lainnya.
Ini bukanlah bermakna susu kambing menjadi pengganti kepada susu ibu kepada bayi-bayi kita tetapi dengan pemberian tambahan susu kambing, ia dapat memberikan tambahan nilai nutrisi tersendiri kepada bayi. Lebih- lebih lagi bagi bayi yang alah kepada susu lembu maka susu kambing menjadi alternatif disebabkan kandungan protein dan lemaknya yang memiliki tekstur yang lembut dan laktasenya ringan sehingga mudah dicerna tubuh serta tidak menyebabkan cirit-birit.
Jika di negara-negara luar, banyak doktor mengesyorkan susu kambing, kita di sini pula disyorkan dengan susu soya sebagai ganti. Mungkin kerana susu kambing sukar didapati di pasaran. Ini saya alami sendiri terhadap anak-anak saya semasa mereka bayi. Oleh kerana kurang ilmu dan tidak tahu alternatif lain, saya pun bagi jelah susu soya formula pada mereka.
Dari fakta di atas, bolehlah kita katakan bahawa Susu kambing merupakan susu Terbaik selepas susu ibu seperti pada tagline saya
~
nature's most nearly perfect milk
~
Lain-lain
huraian berkenaan kelebihan susu kambing berbanding susu lembu
berdasarkan fakta analisa di atas:
- Susu kambing bersifat homogen, mudah dicerna sehingga menghalang timbulnya reaksi alergi atau alahan.
- Susu kambing tidak seperti susu lembu yang terkadang memberi kesan iritasi (kegatalan) atau alergi pada kulit sementara susu kambing tidak. Ianya juga sesuai bagi pesakit yang sedang mengalami alahan kulit serta gatal-gatal pada kulit sebagaimana hasil penelitian yang dijalankan oleh dr. George Dermitt dari Ohio, Amerika. Malah, pakar2 penyakit kulit di New Zealand menganjurkan kepada pesakit-pesakit mereka untuk meminum susu kambing bagi meningkatkan kembali kesihatan kulit terutama kepada kulit wajah.
- Kandungan utama susu kambing iaitu kalium berfungsi menstabilkan tingginya tekanan darah, mengatur fungsi kerja jantung dan menghalang risiko tekanan arterioklorosis yang mengakibatkan penyakit lemah jantung. Disebabkan itu, susu kambing dapat mencegah dan mengubati penyakit darah tinggi dan darah rendah kerana keupayaan susu kambing mengawal darah dalam tubuh.Pernyataan ini diperkuatkan dengan penelitian terhadap lebih 400,000 pemuda Amerika yang mengkonsumsi susu kambing selama 4 tahun. Kesimpulan riset menyatakan kelompok yang mengkonsumsi susu kambing lebih banyak kalium, ternyata memiliki risiko diserang stroke lebih rendah.
- Kadar fluorin dalam susu kambing 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Zat fluorin dapat digunakan sebagai ubat/ khasiat antiseptik secara alami yang mengawal pembiakan bakteria jahat dalam tubuh. Fluorin juga bertindak sebagai mineral yang dapat melindungi paru-paru.
- Susu kambing cepat dicernakan/menyerap dalam tubuh badan disebabkan oleh rantaian asid lemaknya lebih pendek dengan ukuran saiz molekulnya lebih halus berbanding dengan susu lembu.(20 minit berbanding susu lembu selama 2 jam!). Ia juga tidak mengandungi Aglutinin, iaitu sebatian yang membuatkan molekul lemak mengumpul seperti yang berlaku pada susu lembu. Kandungan Phnya tinggi(Alkali) sehingga dapat membantu mencegah dan menyembuhkan penyakit ulcer perut, gastrik dan penyakit-penyakit akibat gangguan pencernaan yang lain. Susu lembu tidak sesuai kerana ia bersifat asid.
Di dalam dunia ini, hanya terdapat 3 jenis susu utama bersifat alkali iaitu susu ibu, SUSU KAMBING dan susu ikan lumba-lumba!Takkan kita nak minum susu ibu lagi dan mana nak cari susu ikan lumba-lumba banyak-banyak, hehe...(Oleh kerana sifatnya yang beralkali dan tidak berasid jugalah, maka hanya susu kambing yang boleh dibuat sabun muka, badan dan lain-lain produk pemeliharaan kulit tubuh dengan kadar resapan yang cepat. Rasanya tak pernah dengar lagi susu lembu dibuat sabun sebab sifatnya yang berasid itu).
- Disebabkan susu kambing mudah dihadam dan ditranformasikan kepada tenaga kerana zarah lemaknya lebih kecil, keadaan ini dapat mengelak penimbunan lemak berlebihan yang boleh membawa kepada kegemukan. Suatu berita baik buat mereka yang ingin kelihatan langsing sentiasa!
- Susu kambing rendah kolestrol dan kadar laktosa lebih rendah 13% dibanding dengan susu lembu menyebabkan ianya terbukti mempercepatkan pembakaran lemak. (American Journal Clinical of Nutrition).Baik untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan.
- Oleh kerana ianya rendah kolestrol, untuk mereka yang menderita penyakit kolestrol, susu ini dapat digunakan untuk mengawal dan mengimbangi kadar gula dalam darah kita sehingga tidak mengalami penyakit-penyakit berkaitan kolestrol.
- Susu kambing tidak mengandungi sebatian alergen, iaitu pemicu kepada reaksi alergi(beta lactoglobulin). Kandungan proteinnya yang lembut dan efek laktase yang ringan juga tidak menyebabkan cirit birit yang biasa terjadi kepada bayi dan orang tua yang alah kepada gula(lactosa) dalam susu~ lactose intolerence melalui penggunaan susu lembu. Oleh kerana itu, susu kambing boleh dan selamat untuk diminum oleh semua peringkat umur ~ dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan orang tua.
- Bagi orang dewasa yang sering sembelit (undigestible food), susu kambing juga baik sebagai pelawas. Bagi kedua-dua keadaan ini, susu kambing berperanan sebagai membantu melancarkan sistem penghadaman seterusnya merawat masalah usus, masalah pencernaan dan juga kembung perut.
- Susu kambing kaya dengan protein susu utama iaitu Beta Casein yang sama dengan jenis protein susu yang terdapat pada susu ibu. Selain itu, kadar kandungan proteinnya 2.1 kali lebih tinggi dari susu lembu, menjadikannya pilihan terbaik dan paling sesuai sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak terutama bagi mereka yang sudah tidak menyusu ibu lagi, juga bagi memenuhi keperluan diet terhadap mereka yang sentiasa sibuk di zaman moden ini.
- Kandungan protin yang tinggi juga dapat memelihara kulit, menghalus dan mencegah kulit kusam dan penyakit-penyakit kulit yang lain seperti kudis di samping meningkatkan daya ingatan seseorang.(Menjadi amalan bagi pelajar-pelajar tahfiz meminum susu sebagai makanan tambahan di samping madu dan kismis bagi tujuan menguatkan daya ingatan menghafaz Al Quran).
- Selain itu, susu kambing juga mengandungi potasium, sodium dan zat besi 2 kali ganda daripada susu lembu serta lebih tinggi dalam kandungan vitamin-vitamin seperti A,C, Niacin dan Riboflavin, B6, B12, Mineral dan 8 asid amino yang penting(yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia) dibanding susu lembu. Kesemuanya ini sangat bermanfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan sel otak dan saraf serta membentuk sel darah dan penawar bagi toksin/ racun dalam tubuh.Ia sangat sesuai bagi kanak-kanak autisme dan mereka yang kurang darah, mengalami kelainan pada sel darah merah dan dapat mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.
- Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.Enzim bertindak sebagai pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna, lengkap dan menyeluruh. Ini termasuklah menurunkan paras kealkalian darah dan mengekalkannya pada paras yang rendah agar darah berjalan lancar, menghapuskan sisa-sisa toxin, menseimbangkan usus, menyihatkan sel-sel, mendorong penghadaman dan mengekalkan keseimbangan badan menyeluruh.
- Keadaan-keadaan di atas dapat menyumbang kepada peningkatan sistem ketahanan tubuh(daya imun).Ini penting kerana punca kepada pelbagai penyakit adalah disebabkan sistem imunisasi tubuh yang lemah yang membawa kepada penyakit-penyakit dari yang seringan-ringan seperti selsema sehingga penyakit yang kronik seperti barah dan sebagainya.
Oleh kerana itu, pengambilan susu kambing secara berterusan dapat mencegah penyakit kritikal yang boleh membawa maut seperti barah, HIV/AIDS kerana keupayaannya meningkatkan imunisasi tubuh ~ Susu kambing mempunyai agen anti barah dan dapat digunakan sebagai penawar barah!Di samping itu, ianya amat membantu bagi meningkatkan daya tahan tubuh bagi penderita TBC(penyakit batuk kering) dan berbagai penyakit infeksi.
- Enzim di dalam susu kambing juga dapat bertindak sebagai Anti radang; -Radang berlaku disebabkan sel-sel dicederakan oleh bakteria. Enzim akan merangsangkan dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih untuk menyembuhkan sel-sel yang tercedera dan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel baru yang telah rosak, Oleh itu, susu kambing mengandungi fungsi anti-antritis (inflamasi/radang sendi). Juga berkesan untuk menyembuhkan kecederaan dalaman yang lain.
- Oleh kerana enzim bersifat anti bakteria, enzim boleh membunuh bakteria dan menggalakkan penghasilan sel-sel baru, untuk menyembuhkan penyakit dari peringkat akar umbi.
- Keupayaan enzim dalam susu kambing membersihkan darah dengan cara menyingkirkan sisa toksik dalam darah, menguraikan kolesterol darah,mengekalkan paras alkali yang rendah agar darah berjalan lancar, di samping khasiat-khasiat vitamin dan mineral yang lain di dalamnya, secara langsung dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki dan perempuan. Keadaan ini amat membantu bagi mereka yang mengalami penyakit impotensi/ frigiditas (lemah tenaga batin /ghairah seksual menurun) terutama bagi pasangan suami isteri yang semakin lanjut usia malah kepada yang masih muda tapi tidak bernafsu).Proses 'pembersihan' dan kelancaran di dalam darah ini juga dapat menyingkirkan sekali penimbunan asid urik dalam tubuh yang boleh mengundang kepada penyakit gout.Apabila kita semakin berumur, tubuh kita semakin kekurangan enzim. Lantaran itu, tubuh kita memerlukan enzim-enzim tambahan dan ini terdapat dalam susu kambing.
- Wanita-wanita yang sering mengalami gangguan emosi akibat daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan digalakkan minum susu kambing.
- Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi hampir menyamai susu ibu(rujuk carta di atas) menyebabkan segelas susu kambing yang dinikmati, perut sudah terasa kenyang. Ia juga langkah baik bagi mereka yang ingin dan sedang menjalani diet pengurangan berat badan sambil memastikan khasiat-khasiat lain yang diperlukan tubuh tidak terabai. Di samping itu, ia memberi tenaga tambahan pada tubuh. Sesuai bagi mereka yang sering merasa letih dan lesu.
- Kandungan kalsium yang tinggi membolehkan kita tidak perlu kepada tambahan kalsium pada susu yang tidak diketahui sumber kalsiumnya. Sumber kalsium dari susu kambing adalah bersifat semulajadi dan selamat sebagai anugerah Allah kepada manusia. Kandungan kalsium yang terdapat pada susu kambing adalah 3.8 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Susu kambing menyumbang 32.6% kalsium dan 27% fosfur daripada keperluan asas harian tubuh. Ini membantu untuk pemeliharaan kekuatan dan dan kepadatan tulang(bone density). Kepentingan kalsium yang tinggi dan berbagai mineral lain yang terdapat pada susu kambing amat diperlukan tubuh terutama bagi mengelakkan penyakit-penyakit berkaitan kekurangan kalsium dan mineral-mineral lain ini seperti osteoporosis(kerapuhan tulang) dan sakit sendi-sendi tulang seperti reumatik yang banyak dialami wanita-wanita yang semakin berusia. Ianya juga amat sesuai bagi wanita hamil, wanita yang pernah melahirkan dan wanita-wanita yang telah menjalani menopause.
- Khasiat susu kambing yang bernilai gizi(nutrisi) yang tinggi ini juga dapat mempercepatkan pertumbuhan gigi dan tulang. Sangat baik untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Juga baik untuk mengembalikan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, memulihkan zat besi setelah haid ~ Membantu mencegah anemia (kekurangan zat besi).
- Ketika seorang wanita sedang menstruasi, susu kambing dapat berperanan untuk menghilangkan rasa sakitnya dan melancarkan menstruasi tersebut.
- Wanita-wanita yang sering mengalami gangguan emosi akibat daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan digalakkan minum susu kambing.
- Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi hampir menyamai susu ibu(rujuk carta di atas) menyebabkan segelas susu kambing yang dinikmati, perut sudah terasa kenyang. Ia juga langkah baik bagi mereka yang ingin dan sedang menjalani diet pengurangan berat badan sambil memastikan khasiat-khasiat lain yang diperlukan tubuh tidak terabai. Di samping itu, ia memberi tenaga tambahan pada tubuh. Sesuai bagi mereka yang sering merasa letih dan lesu.
- Kandungan kalsium yang tinggi membolehkan kita tidak perlu kepada tambahan kalsium pada susu yang tidak diketahui sumber kalsiumnya. Sumber kalsium dari susu kambing adalah bersifat semulajadi dan selamat sebagai anugerah Allah kepada manusia. Kandungan kalsium yang terdapat pada susu kambing adalah 3.8 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Susu kambing menyumbang 32.6% kalsium dan 27% fosfur daripada keperluan asas harian tubuh. Ini membantu untuk pemeliharaan kekuatan dan dan kepadatan tulang(bone density).
Kepentingan kalsium yang tinggi dan berbagai mineral lain yang terdapat pada susu kambing amat diperlukan tubuh terutama bagi mengelakkan penyakit-penyakit berkaitan kekurangan kalsium dan mineral-mineral lain ini seperti osteoporosis(kerapuhan tulang) dan sakit sendi-sendi tulang seperti reumatik yang banyak dialami wanita-wanita yang semakin berusia. Ianya juga amat sesuai bagi wanita hamil, wanita yang pernah melahirkan dan wanita-wanita yang telah menjalani menopause. - Khasiat susu kambing yang bernilai gizi(nutrisi) yang tinggi ini juga dapat mempercepatkan pertumbuhan gigi dan tulang. Sangat baik untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Juga baik untuk mengembalikan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, memulihkan zat besi setelah haid ~ Membantu mencegah anemia (kekurangan zat besi).
- Ketika seorang wanita sedang menstruasi, susu kambing dapat berperanan untuk menghilangkan rasa sakitnya dan melancarkan menstruasi tersebut.
- Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa khasiat yang banyak terdapat dalam susu kambing yang jika diamalkan meminumnya secara teratur dan konsisten juga dikatakan dapat membantu proses penyembuhan dan pencegahan bagi penyakit-penyakit "dalaman" yang di antaranya seperti:
- Penyakit demam kuning atau 'jaundice'
- Penyakit saraf yang dialami apabila usia semakin lanjut
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit kekurangan nutrisi dan penyakit akibat daripada gangguan metabolisme disebabkan usus yang tidak sihat
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati
- Alahan pada kulit seperti gatal-gatal, kudis.
- Stamina dan tenaga tubuh yang menurun di mana pesakit sering merasa lemah-lemah badan.
- Penyakit-penyakit berkaitan alahan pada pernafasan iaitu lelah(Asthma), sinusitus(resdung), TBC(penyakit batuk kering) dan infeksi paru-paru akut dan mencegah bau mulut.
- Gout.
- Kelainan fungsi ginjal(neprotic sindrom)
- insomnia(kesukaran untuk tidur)
(Menjadi amalan Rasulullah meminum susu kambing panas sebelum Baginda tidur).
- dan ulcer
Wah,
tak sangka Insyaallah terlalu banyak rupanya khasiat susu kambing ni!
Setakat penelitian saya dari pelbagai sumber rujukan, inilah senarai
khasiat yang dapat saya beritahu.
Terdapat
banyak lagi artikel-artikel berkaitan yang boleh dirujuk
memperkatakan tentang kebaikan susu kambing di samping kajian-kajian
yang telah dijalankan seperti artikel ini ~
'Goats' Milk Is More BeneficialTo Health Than Cows' milk
'Goats' Milk Is More BeneficialTo Health Than Cows' milk
-Study Suggests http://www.sciencedaily.com/releases/2007/07/070730100229.htm
'The World's Healthiest Food
http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=131
'The World's Healthiest Food
http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=131
Menyedari
kebaikan yang banyak ini, sebagai ibu dan isteri yang menyediakan
makanan dan minuman di rumah, ayuh kita mulakan kembali langkah
pertama kita dengan memberikan minuman sunnah ini bermula dengan diri
dan keluarga kita dahulu.
Di
mana boleh saya dapatkannya?
Ya,
seperti saya yang juga seorang ibu, inilah masalahnya.
Menyedari
tentang perlunya saya dan keluarga mendapatkan minuman sunnah ini
yang telah terbukti mengandungi khasiat yang banyak, maka pencarian
saya pun bermula dengan susu kambing segar berbentuk cecair yang
dibotolkan dengan harga pasaran antara RM5 ke RM6 sebotol. Namun,
macamana nak minum sekeluarga kalau setakat 250ml saja sebotol
sedangkan dalam rumah ada 7 orang termasuk saya, suami dan anak-anak?
Lantas
dengan izin Allah, saya bertemu dengan produk susu kambing jenama
To'Ali keluaran syarikat Cipta Success Marketing ini.
Ya,
tak puas rasanya jika membiarkan saya dan keluarga sahaja mendapatkan
penjimatan ini di samping dapat menjalankan sunnah Rasul yang ini,
maka saya terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan puan-puan untuk
mendapatkan produk ini agar puan-puan juga mendapat manfaatnya segera
untuk puan-puan dan keluarga di samping menyempurnakan perintah
Allah.
Yang
best tentang susu kambing keluaran syarikat ini ialah:
~
Tidak berbau hamis.
Saya
tahu ramai yang tak sanggup minum susu kambing kerana baunya tapi
Alhamdulillah yang ni Insyaallah tidak. Tiada lagi sesuatu yang
meloyakan tekak.
~Disediakan
dalam dua perasa yang lazat dan enak iaitu asli
dan coklat
untuk memenuhi citarasa berbeza buat puan dan keluarga terutama
bagi si kecil.
Bagi
susu coklat, susu diadun dengan buah
koko
sebenar bagi menghasilkan rasa coklat sebenar dan tiada
perisa tiruan(artificial) digunakan. Ini dapat
membantu dari segi pengekalan mutu dan khasiat susu.
Susu
asli juga boleh diminum dengan menambah makanan-makanan
sunnah Rasulullah yang lain seperti kismis,
buah badam dan kurma
atau madu. Enak
sekali,cubalah!
~Susu
mendapat pengiktirafan Halal Jakim
dan Persatuan Pengguna Islam.
Dikilangkan oleh usahawan
bumiputera Islam dan 100%
Halalan Toiyyiba.
~Susu
kambing ini direka khusus dalam bentuk 'pek ekonomi' yang dapat memberi penjimatan dari segi
kewangan dalam penyediaan minuman sunnah ini buat puan
sekeluarga.
|
Jika
berminat untuk mendapatkannya, bolehlah hubungi saya di talian
0166460021
untuk tempahan melalui
sistem pesanan ringkas(SMS) atau
sistem pesanan ringkas(SMS) atau
Bawalah
minuman kegemaran Rasulullah sebagai hidangan harian di rumah
puan agar seluruh keluarga mendapat keberkatan dari Allah atas
kesungguhan puan mengikuti sunnah Rasul yang disayangiNya.
Semoga
di samping mengamalkan sunnah Rasul demi mendapatkan keberkatan
Allah, kehidupan saudari sekeluarga juga dilimpahkan dengan
kurniaan tubuh yang sihat atas izinNya untuk lebih kuat
menjalankan ibadah terhadapNya demi mendapatkan keredhoan dan
RahmatNya kerana sesungguhnya itulah tujuan hidup kita di dunia ini.
Sudah
tiba masanya untuk kita berubah. Mari kita
sama-sama memartabatkan susu minuman Rasulullah dan para Nabi ini
disamping menghidupkan kembali sunnah yang semakin terasing
ini sebagai rasa syukur atas nikmat yang banyak yang Allah limpahkan
kepada kita.
No comments:
Post a Comment