SusuKambingCorner.blogspot.com merupakan sudut kedai online yang menjual susu kambing berbentuk serbuk bagi memenuhi keperluan minuman sunnah Rasulullah s.a.w.dalam bentuk pek ekonomi yang
LEBIH JIMAT, LEBIH SEDAP, LEBIH BERKHASIAT dan HALAL untuk dinikmati seisi keluarga.

Saranan Penyajian


SARANAN CARA MINUM

Susu kambing tidak boleh dididihkan kerana ini akan menghilangkan khasiat yang terdapat pada susu.

Jika ingin menikmati susu yang hangat, susu yang dihangatkan haruslah pada suhu 40 darjah celcius dengan waktu memanaskan tidak lebih dari 1 minit.
Pemanasan yang berlebihan akan merosakkan kandungan fluorine yang bermanfaat bagi tubuh dan lain-lain khasiat pada susu.
Seeloknya gunalah air suam sahaja bagi mengekalkan khasiat susu.
Minum susu terus sebaik saja dibancuh bagi mengelak terkena bakteria.

Oleh kerana ia adalah minuman sunnah, saya menyarankan agar sebelum minum dibaca solawat ke atas Rasulullah s.a.w. diikuti dengan Bismillah dan doa semoga beroleh kesihatan dan keberkatan dari Allah agar dengan kesihatan yang ada dapat kita sama-sama meningkatkan ibadah kita kepadaNya. Insyaallah.

Ikutilah sunnah Rasul dengan diminum susu ini di permulaan hari ketika perut masih kosong dan malam sebelum tidur. InsyaAllah setiap yang sunnah pasti punya hikmah di sebaliknya.

Kesan manfaat daripada pengambilan susu kambing akan dapat dirasakan apabila kita meminumnya secara teratur dan konsisten.

Adapun aturan minumnya adalah:
  • Anak-anak : 150cc sehari
  • Dewasa : 250cc sehari (pagi atau malam)
  • Untuk tujuan rawatan diminum setiap hari
  • Untuk mengekalkan kesihatan 2 hingga 3 kali seminggu.

No comments:

Post a Comment