SusuKambingCorner.blogspot.com merupakan sudut kedai online yang menjual susu kambing berbentuk serbuk bagi memenuhi keperluan minuman sunnah Rasulullah s.a.w.dalam bentuk pek ekonomi yang
LEBIH JIMAT, LEBIH SEDAP, LEBIH BERKHASIAT dan HALAL untuk dinikmati seisi keluarga.

Manfaat Susu


  1. Susu kambing bersifat homogen, mudah dicerna sehingga menghalang timbulnya reaksi alergi atau alahan.
  2. Susu kambing tidak seperti susu lembu yang terkadang memberi kesan iritasi (kegatalan) atau alergi pada kulit sementara susu kambing tidak. Ianya juga sesuai bagi pesakit yang sedang mengalami alahan kulit serta gatal-gatal pada kulit sebagaimana hasil penelitian yang dijalankan oleh dr. George Dermitt dari Ohio, Amerika. Malah, pakar2 penyakit kulit di New Zealand menganjurkan kepada pesakit-pesakit mereka untuk meminum susu kambing bagi meningkatkan kembali kesihatan kulit terutama kepada kulit wajah.
  3. Kandungan utama susu kambing iaitu kalium berfungsi menstabilkan tingginya tekanan darah, mengatur fungsi kerja jantung dan menghalang risiko tekanan arterioklorosis yang mengakibatkan penyakit lemah jantung. Disebabkan itu, susu kambing dapat mencegah dan mengubati penyakit darah tinggi dan darah rendah kerana keupayaan susu kambing mengawal darah dalam tubuh.Pernyataan ini diperkuatkan dengan penelitian terhadap lebih 400,000 pemuda Amerika yang mengkonsumsi susu kambing selama 4 tahun. Kesimpulan riset menyatakan kelompok yang mengkonsumsi susu kambing lebih banyak kalium, ternyata memiliki risiko diserang stroke lebih rendah.
  4. Kadar fluorin dalam susu kambing 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Zat fluorin dapat digunakan sebagai ubat/ khasiat antiseptik secara alami yang mengawal pembiakan bakteria jahat dalam tubuh. Fluorin juga bertindak sebagai mineral yang dapat melindungi paru-paru.
  5. Susu kambing cepat dicernakan/menyerap dalam tubuh badan disebabkan oleh rantaian asid lemaknya lebih pendek dengan ukuran saiz molekulnya lebih halus berbanding dengan susu lembu.(20 minit berbanding susu lembu selama 2 jam!). Ia juga tidak mengandungi Aglutinin, iaitu sebatian yang membuatkan molekul lemak mengumpul seperti yang berlaku pada susu lembu. Kandungan Phnya tinggi(Alkali) sehingga dapat membantu mencegah dan menyembuhkan penyakit ulcer perut, gastrik dan penyakit-penyakit akibat gangguan pencernaan yang lain. Susu lembu tidak sesuai kerana ia bersifat asid.
    Di dalam dunia ini, hanya terdapat 3 jenis susu utama bersifat alkali iaitu susu ibu, SUSU KAMBING dan susu ikan lumba-lumba!
    Takkan kita nak minum susu ibu lagi dan mana nak cari susu ikan lumba-lumba banyak-banyak, hehe...
    (Oleh kerana sifatnya yang beralkali dan tidak berasid jugalah, maka hanya susu kambing yang boleh dibuat sabun muka, badan dan lain-lain produk pemeliharaan kulit tubuh dengan kadar resapan yang cepat. Rasanya tak pernah dengar lagi susu lembu dibuat sabun sebab sifatnya yang berasid itu).
  6. Disebabkan susu kambing mudah dihadam dan ditranformasikan kepada tenaga kerana zarah lemaknya lebih kecil, keadaan ini dapat mengelak penimbunan lemak berlebihan yang boleh membawa kepada kegemukan. Suatu berita baik buat mereka yang ingin kelihatan langsing sentiasa!
  7. Susu kambing rendah kolestrol dan kadar laktosa lebih rendah 13% dibanding dengan susu lembu menyebabkan ianya terbukti mempercepatkan pembakaran lemak. (American Journal Clinical of Nutrition).Baik untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan.
  8. Oleh kerana ianya rendah kolestrol, untuk mereka yang menderita penyakit kolestrol, susu ini dapat digunakan untuk mengawal dan mengimbangi kadar gula dalam darah kita sehingga tidak mengalami penyakit-penyakit berkaitan kolestrol.
  9. Susu kambing tidak mengandungi sebatian alergen, iaitu pemicu kepada reaksi alergi(beta lactoglobulin). Kandungan proteinnya yang lembut dan efek laktase yang ringan juga tidak menyebabkan cirit birit yang biasa terjadi kepada bayi dan orang tua yang alah kepada gula(lactosa) dalam susu~ lactose intolerence melalui penggunaan susu lembu. Oleh kerana itu, susu kambing boleh dan selamat untuk diminum oleh semua peringkat umur ~ dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan orang tua.
  10. Bagi orang dewasa yang sering sembelit (undigestible food), susu kambing juga baik sebagai pelawas. Bagi kedua-dua keadaan ini, susu kambing berperanan sebagai membantu melancarkan sistem penghadaman seterusnya merawat masalah usus, masalah pencernaan dan juga kembung perut.
  11. Susu kambing kaya dengan protein susu utama iaitu Beta Casein yang sama dengan jenis protein susu yang terdapat pada susu ibu. Selain itu, kadar kandungan proteinnya 2.1 kali lebih tinggi dari susu lembu, menjadikannya pilihan terbaik dan paling sesuai sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak terutama bagi mereka yang sudah tidak menyusu ibu lagi, juga bagi memenuhi keperluan diet terhadap mereka yang sentiasa sibuk di zaman moden ini.
  12. Kandungan protin yang tinggi juga dapat memelihara kulit, menghalus dan mencegah kulit kusam dan penyakit-penyakit kulit yang lain seperti kudis di samping meningkatkan daya ingatan seseorang.
    (Menjadi amalan bagi pelajar-pelajar tahfiz meminum susu sebagai makanan tambahan di samping madu dan kismis bagi tujuan menguatkan daya ingatan menghafaz Al Quran).
  13. Selain itu, susu kambing juga mengandungi potasium, sodium dan zat besi 2 kali ganda daripada susu lembu serta lebih tinggi dalam kandungan vitamin-vitamin seperti A,C, Niacin dan Riboflavin, B6, B12, Mineral dan 8 asid amino yang penting(yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia) dibanding susu lembu. Kesemuanya ini sangat bermanfaat untuk pertumbuhan dan perkembangan sel otak dan saraf serta membentuk sel darah dan penawar bagi toksin/ racun dalam tubuh.
    Ia sangat sesuai bagi kanak-kanak autisme dan mereka yang kurang darah, mengalami kelainan pada sel darah merah dan dapat mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.
  14. Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
    Enzim bertindak sebagai pemangkin penting untuk proses metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna, lengkap dan menyeluruh. Ini termasuklah menurunkan paras kealkalian darah dan mengekalkannya pada paras yang rendah agar darah berjalan lancar, menghapuskan sisa-sisa toxin, menseimbangkan usus, menyihatkan sel-sel, mendorong penghadaman dan mengekalkan keseimbangan badan menyeluruh.
  15. Keadaan-keadaan di atas dapat menyumbang kepada peningkatan sistem ketahanan tubuh(daya imun).Ini penting kerana punca kepada pelbagai penyakit adalah disebabkan sistem imunisasi tubuh yang lemah yang membawa kepada penyakit-penyakit dari yang seringan-ringan seperti selsema sehingga penyakit yang kronik seperti barah dan sebagainya.
    Oleh kerana itu, pengambilan susu kambing secara berterusan dapat mencegah penyakit kritikal yang boleh membawa maut seperti barah, HIV/AIDS kerana keupayaannya meningkatkan imunisasi tubuh ~ Susu kambing mempunyai agen anti barah dan dapat digunakan sebagai penawar barah!
    Di samping itu, ianya amat membantu bagi meningkatkan daya tahan tubuh bagi penderita TBC(penyakit batuk kering) dan berbagai penyakit infeksi.
  16. Enzim di dalam susu kambing juga dapat bertindak sebagai Anti radang; -Radang berlaku disebabkan sel-sel dicederakan oleh bakteria. Enzim akan merangsangkan dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih untuk menyembuhkan sel-sel yang tercedera dan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel baru yang telah rosak, Oleh itu, susu kambing mengandungi fungsi anti-antritis (inflamasi/radang sendi). Juga berkesan untuk menyembuhkan kecederaan dalaman yang lain.
  17. Oleh kerana enzim bersifat anti bakteria, enzim boleh membunuh bakteria dan menggalakkan penghasilan sel-sel baru, untuk menyembuhkan penyakit dari peringkat akar umbi.
  18. Keupayaan enzim dalam susu kambing membersihkan darah dengan cara menyingkirkan sisa toksik dalam darah, menguraikan kolesterol darah,mengekalkan paras alkali yang rendah agar darah berjalan lancar, di samping khasiat-khasiat vitamin dan mineral yang lain di dalamnya, secara langsung dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki dan perempuan. Keadaan ini amat membantu bagi mereka yang mengalami penyakit impotensi/ frigiditas (lemah tenaga batin /ghairah seksual menurun) terutama bagi pasangan suami isteri yang semakin lanjut usia malah kepada yang masih muda tapi tidak bernafsu).
    Proses 'pembersihan' dan kelancaran di dalam darah ini juga dapat menyingkirkan sekali penimbunan asid urik dalam tubuh yang boleh mengundang kepada penyakit gout.
    Apabila kita semakin berumur, tubuh kita semakin kekurangan enzim. Lantaran itu, tubuh kita memerlukan enzim-enzim tambahan dan ini terdapat dalam susu kambing.
  19. Wanita-wanita yang sering mengalami gangguan emosi akibat daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan digalakkan minum susu kambing.
  20. Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi hampir menyamai susu ibu(rujuk carta di atas) menyebabkan segelas susu kambing yang dinikmati, perut sudah terasa kenyang. Ia juga langkah baik bagi mereka yang ingin dan sedang menjalani diet pengurangan berat badan sambil memastikan khasiat-khasiat lain yang diperlukan tubuh tidak terabai. Di samping itu, ia memberi tenaga tambahan pada tubuh. Sesuai bagi mereka yang sering merasa letih dan lesu.
  21. Kandungan kalsium yang tinggi membolehkan kita tidak perlu kepada tambahan kalsium pada susu yang tidak diketahui sumber kalsiumnya. Sumber kalsium dari susu kambing adalah bersifat semulajadi dan selamat sebagai anugerah Allah kepada manusia. Kandungan kalsium yang terdapat pada susu kambing adalah 3.8 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Susu kambing menyumbang 32.6% kalsium dan 27% fosfur daripada keperluan asas harian tubuh. Ini membantu untuk pemeliharaan kekuatan dan dan kepadatan tulang(bone density). Kepentingan kalsium yang tinggi dan berbagai mineral lain yang terdapat pada susu kambing amat diperlukan tubuh terutama bagi mengelakkan penyakit-penyakit berkaitan kekurangan kalsium dan mineral-mineral lain ini seperti osteoporosis(kerapuhan tulang) dan sakit sendi-sendi tulang seperti reumatik yang banyak dialami wanita-wanita yang semakin berusia. Ianya juga amat sesuai bagi wanita hamil, wanita yang pernah melahirkan dan wanita-wanita yang telah menjalani menopause.
  22. Khasiat susu kambing yang bernilai gizi(nutrisi) yang tinggi ini juga dapat mempercepatkan pertumbuhan gigi dan tulang. Sangat baik untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Juga baik untuk mengembalikan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, memulihkan zat besi setelah haid ~ Membantu mencegah anemia (kekurangan zat besi).
  23. Ketika seorang wanita sedang menstruasi, susu kambing dapat berperanan untuk menghilangkan rasa sakitnya dan melancarkan menstruasi tersebut.
  24. Wanita-wanita yang sering mengalami gangguan emosi akibat daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan digalakkan minum susu kambing.
  25. Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi hampir menyamai susu ibu(rujuk carta di atas) menyebabkan segelas susu kambing yang dinikmati, perut sudah terasa kenyang. Ia juga langkah baik bagi mereka yang ingin dan sedang menjalani diet pengurangan berat badan sambil memastikan khasiat-khasiat lain yang diperlukan tubuh tidak terabai. Di samping itu, ia memberi tenaga tambahan pada tubuh. Sesuai bagi mereka yang sering merasa letih dan lesu.
  26. Kandungan kalsium yang tinggi membolehkan kita tidak perlu kepada tambahan kalsium pada susu yang tidak diketahui sumber kalsiumnya. Sumber kalsium dari susu kambing adalah bersifat semulajadi dan selamat sebagai anugerah Allah kepada manusia. Kandungan kalsium yang terdapat pada susu kambing adalah 3.8 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Susu kambing menyumbang 32.6% kalsium dan 27% fosfur daripada keperluan asas harian tubuh. Ini membantu untuk pemeliharaan kekuatan dan dan kepadatan tulang(bone density). Kepentingan kalsium yang tinggi dan berbagai mineral lain yang terdapat pada susu kambing amat diperlukan tubuh terutama bagi mengelakkan penyakit-penyakit berkaitan kekurangan kalsium dan mineral-mineral lain ini seperti osteoporosis(kerapuhan tulang) dan sakit sendi-sendi tulang seperti reumatik yang banyak dialami wanita-wanita yang semakin berusia. Ianya juga amat sesuai bagi wanita hamil, wanita yang pernah melahirkan dan wanita-wanita yang telah menjalani menopause.
  27. Khasiat susu kambing yang bernilai gizi(nutrisi) yang tinggi ini juga dapat mempercepatkan pertumbuhan gigi dan tulang. Sangat baik untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Juga baik untuk mengembalikan kesihatan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, memulihkan zat besi setelah haid ~ Membantu mencegah anemia (kekurangan zat besi).
  28. Ketika seorang wanita sedang menstruasi, susu kambing dapat berperanan untuk menghilangkan rasa sakitnya dan melancarkan menstruasi tersebut.
  29. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa khasiat yang banyak terdapat dalam susu kambing yang jika diamalkan meminumnya secara teratur dan konsisten juga dikatakan dapat membantu proses penyembuhan dan pencegahan bagi penyakit-penyakit "dalaman" yang di antaranya seperti:
  • Penyakit demam kuning atau 'jaundice'
  • Penyakit saraf yang dialami apabila usia semakin lanjut
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit kekurangan nutrisi dan penyakit akibat daripada gangguan metabolisme disebabkan usus yang tidak sihat
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati
  • Alahan pada kulit seperti gatal-gatal, kudis.
  • Stamina dan tenaga tubuh yang menurun di mana pesakit sering merasa lemah-lemah badan.
  • Penyakit-penyakit berkaitan alahan pada pernafasan iaitu lelah(Asthma), sinusitus(resdung), TBC(penyakit batuk kering) dan infeksi paru-paru akut dan mencegah bau mulut.
  • Gout.
  • Kelainan fungsi ginjal(neprotic sindrom)
  • insomnia(kesukaran untuk tidur)
    (Menjadi amalan Rasulullah meminum susu kambing panas sebelum Baginda tidur).
  • dan ulcer

No comments:

Post a Comment