SusuKambingCorner.blogspot.com merupakan sudut kedai online yang menjual susu kambing berbentuk serbuk bagi memenuhi keperluan minuman sunnah Rasulullah s.a.w.dalam bentuk pek ekonomi yang
LEBIH JIMAT, LEBIH SEDAP, LEBIH BERKHASIAT dan HALAL untuk dinikmati seisi keluarga.

Soalan Lazim


SOALAN- SOALAN LAZIM

S: Apakah saya akan sembuh daripada penyakit yang saya alami dengan meminum susu kambing?

J: Allah SWT berfirman dalam surah Al-Kahfi, ayat 84):
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan(sebab) bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya”.
Pada ayat ini, Allah sendiri menegaskan bahawa sememangnya Allah-lah yang menjadikan sesuatu dengan bersebab tetapi bukanlah sebab itu yang membawa akibat.

Maka, setiap sebab itu tidak boleh membawa akibat dengan sendirinya.
Tetapi hakikatnya yang boleh membawa akibat ialah Allah SWT sendiri. Allah-lah yang Maha Berkuasa Menjadikan setiap sesuatu itu terjadi.

Namun, oleh kerana Allah menghendaki setiap akibat mesti ada sebab, maka sebagai hamba yang patuh pada Allah, patutlah kita melahirkan(menjalankan) sebab itu. Inilah yang dikatakan Sunnatullah atau peraturan Allah.

Sunnatullah inilah menjadi panduan (peraturan) hidup kita di dunia ini. Dan Sunnatullah ini dapat kita perhatikan dan ikuti melalui junjungan besar kita Muhammad s.a.w. dari segenap segi pebuatan, tingkah laku dan tutur bicara baginda Rasulullah termasuk jenis minuman yang kerap diminum Rasul s.a.w. iaitu susu kambing.

Hendaklah kita meyakini dan mengikuti setiap sesuatu yang telah Allah aturkan kerana Allah tidak akan sesekali menukar peraturanNya seperti dalam firmanNya:

Dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu”

(Al Fath: 23)

Bererti, kalau sudah memang Allah menetapkan satu-satu peraturan itu akan berlaku, seperti setiap sebab itu membawa akibat, maka peraturan itu tetap tidak akan berubah.
Ini juga bermakna jika dengan meminum susu kambing seseorang itu dapat sembuh dari penyakitnya disebabkan kandungan zat-zat dan sifat kejadian yang terdapat pada susu tersebut (yang telah diatur oleh Allah dan telah terbukti melalui kajian oleh pemerhati dan saintis) memenuhi keperluan tubuh orang itu, maka orang itu tetap akan sembuh dengan izin Allah.

Dari pemahaman ayat-ayat di atas,
  1. janganlah kita meletakkan susu kambing itu sebagai sebab kita sembuh tetapi Allah-lah Sang Pemberi Kesembuhannya.
  2. hendaklah kita meyakini dan mengimani bahawa setiap yang menjadi Sunnatullah itu pasti membawa kebaikan bagi orang-orang yang menjalankannya kerana ianya merupakan peraturan dari Allah yang tidak mungkin menganiaya hambaNya yang ingin mengikuti peraturanNya. InsyaAllah, peratus kejayaan untuk sembuh itu semakin tinggi apabila keyakinan(keimanan) kita juga tinggi terhadap Allah atas setiap apa yang diaturkannya buat kita di samping tekun(istiqomah) melakukannya ~ dalam hal kita ni, kena istiqomah minum susu kambinglah..,hehe.

No comments:

Post a Comment